HD 20868 b

HD 20868 b ialah sebuah planet luar suria yang terletak kira-kira 156 tahun cahaya jauh di buruj Relau, mengelilingi bintang subraksasa jenis K magnitud ke-10 HD 20868. Planet ini mempunyai jisim minimum 1.99 kali lebih daripada Musytari dan mengelilingi pada jarak 0.947 AU. Planet ini mengambil masa 380.85 hari atau 12.5 bulan untuk beredar di sekeliling bintang dengan kesipian 0.75, salah satu daripada yang paling eksentrik daripada mana-mana planet luar suria yang diketahui. Pada periastron, jaraknya 0.237 AU dan di apastron, jaraknya 1.66 AU.Planet ini ditemui pada 26 Oktober 2008 oleh Moutou et al. menggunakan spektograf HARPS pada teleskop 3.6 meter ESO yang dipasang di Balai Cerap La Silla di gurun Atacama, Chile.[1]Sempena dengan ulang tahun ke-100 Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), IAU memberi setiap negara anggota sebuah planet luar suria dan bintang perumahnya yang lama tidak bernama untuk dinamakan dan Malaysia ditugaskan untuk menamakan planet luar suria ini dan bintang perumahnya. Negara berkenaan memberi peluang pelajar sekolah menamakan planet luar suria tersebut dalam suatu pertandingan.[2]

HD 20868 b

Tempoh orbit 380.85 ± 0.09 h
1.0427 ± 0.0002 t
Paksi semimajor 0.947 ± 0.012 AU (141,700,000 ± 1,800,000 km)
Tarikh penemuan 26 Oktober 2008; 11 tahun yang lalu (2008-10-26)
Masa periastron 2,454,451.52 ± 0.1
Argumen perihelion 356.2 ± 0.4
Kelajuan purata orbit 27.1
Kesipian 0.75 ± 0.002
Ditemui oleh Moutou et al.[1]
Kaedah pengesanan Spektroskopi Doppler
(HARPS)
Kawasan penemuan Balai Cerap La Silla